-->

❤ A L A N G ❤

❤ suka suki hidup alang ❤

Friday, August 6, 2010

"SEJARAH SOLAT LIMA WAKTU''


SUBUH
"Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. Iaitu ketikabaginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan. Lalu baginda berasa sangat takut. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.

ZOHOR
"Manusia yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelihkan anaknya Nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada tergelincir matahari.lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Tanda keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR
"Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. Tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun

MAGHRIB
"Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s.Iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa,lalu sembahyang baginda 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untukn menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah
SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.

ISYAK
" Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Fiaraun.
Posted by norlizam at 1:53 AM 0 comments

Tuesday, July 6, 2010

The S2cond Place JobS



SMK Datuk Patinggi Haji Abdul Gapor, Stampin Kuching aadalah tempat kedua saya menceburkan diri di dalam Dunia Pendidikan. Saya diamanahkan untuk mengajar Tingkatan 6 Rendah.Subjek yang saya ajar time itu ialah Bahasa Melayu, Ekonomi dan Pengajian Perniagaan.. Saya berasa seronok apabila mengajar murid-murid yang "teenagers" ini. Mereka boleh diajak berbual dan berfikir seperti orang yang dewasa juga..Tapi kalu dari segi karenah memanglah mencabar keimanan.. Almaklumlah "teenagers" lah katakan....saya mengajar di sekolah ini selama 6 bulan sahaja....
Posted by norlizam at 12:49 PM 0 comments

Friday, June 18, 2010

After Study... Find Permanent JobS



After saya study 3 years ago, saya mengalami kesukaran mencari pekerjaan. So bagi mengisi masa lapang saya daripada waste begitu sahaja, saya memulakan langkah dengan menerima jawatan as a Temporary Teacher in SMK Muara Tuang also...the first place did I go....
Pengalaman pertama mengajar memberi cabaran yang hebat kepada saya. Saya mengajar murid-murid Tingkatan 5 dan mengajar matapelajaran Matematik..... Saya rasa sangat tercabar dengan karenah, disiplin, iQ murid yang pelbagai tahap.... Balik dari sekolah pada hari pertama mengajar, I felt very tired..Mmph susah mok cakap...
Itulah permulaan pertama saya melangkah ke alam pekerjaan as a Teacher(Dunia Pendidikan )..
Setelah tamat tempoh mengajar d SMK Muara Tuang, saya berkhidmat pula d SMK DPHAG, Stampin. Saya mengajar murid Tingkatan 6 pula.. Pengalaman mengajar di sekolah ini memberikan tamparan yang hebat kepada saya kerana berhadapan dengan murid yg lebih teenagers lagi. IQ muridnya pun boleh tahan juga. Subject yg saya ajar ialah Pengajian Perniagaan dan Bahasa Melayu. Manakala berhadapan dengan guru2 yang lebih ramai juga menyukarkan saya untuk berkomunikasi dengan lebih akrab dengan mereka. Bilangan guru lebih kurang 200 orang dan murid-muridnya pula hampir mencecah 3000 orang....
Posted by norlizam at 4:07 PM 1 comments
Labels: rumah mayau

Tuesday, June 15, 2010

STudy 3 years

SesungguhNya nabi kita pernah bersabda: Tuntutlah Ilmu sehingga sampai ke negeri China

Begitulah dengan saya ini, saya meneruskan pengajian saya dengan belajar di peringkat Ijazah Sajana Muda Pengurusan Perniagaan(BBA Hons) selama 3 tahun.
Posted by norlizam at 8:49 AM 0 comments

My An Experiences

Sebenarnya, bukanlah mudah bagi saya untuk mendapatkan sesuatu..Ia amat sukar untuk saya perolehi. Misalnya dari segi pekerjaan.
Pengalaman saya mencari pekerjaan banyak menuntut kesabaran dan cabaran. Pada mulanya, sebaik sahaja tamat tingkatan 6 saya mendapat tawaran menjadi Pembantu Makmal di SMK Muara Tuang. Pengalaman menjadi Pembantu Makmal di sekolah menengah, amatlah bernilai sekali. Di sini bermulalah episod pekerjaan pertama saya di dalam kehidupan. Antara perkara yang perlu dibuat sebagai Pembantu Makmal, ialah menyediakan radas-radas untuk guru Sains dan murid-murid untuk menjalankan eksperimen. Selain itu, kita juga berperanan menghasilkan asid-asid hidroklorik, membuat gas-gas oksigen yang dimasukkan ke dalam tabung uji, serta memastikan keadaan makmal sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat. Oleh kerana tugas sebagai Pembantu Makmal ini terlalu mudah, banyak rileks, namun ia mempunyai nilai pendapatan yang sangat lumayan. Walaupun begitu,disebabkan usia yang masih muda, iaitu 19 tahun, saya rasa, adalah tidak wajar saya mendapat pekerjaan terlalu awal.Oleh yang demikian saya pun melanjutkan pelajaran saya ke peringkat yang lebih tinggi.Akhirnya saya mendapat tawaran belajar di peringkat universiti.........
Posted by norlizam at 8:31 AM 0 comments

Friday, June 11, 2010

alangggg


Assalamualaikum dan salam Satu Malaysia.

Terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini..
"Bacalah kalau sudi... mana tahu ia berguna kepada agama, bangsa dan negara yang tercinta.....sharing idea is good for u...."
Posted by norlizam at 10:49 PM 0 comments
Newer Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ►  2012 (8)
    • ►  December (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (7)
    • ►  October (7)
  • ▼  2010 (6)
    • ▼  August (1)
      • "SEJARAH SOLAT LIMA WAKTU''
    • ►  July (1)
      • The S2cond Place JobS
    • ►  June (4)
      • After Study... Find Permanent JobS
      • STudy 3 years
      • My An Experiences
      • alangggg

About Me

My photo
norlizam
Setiap apa yg berlaku itu adalah rahsia Allah
View my complete profile

link

  • dashboard

Labels

  • rumah mayau (1)

Followers

:)

Photo Albums at WiddlyTinks.com Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

assalamualaikum

Anak didikku yang tersayang..... ســمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيـم Ya Allah, Ya Tuhanku Jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak muridku, Jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, Ya Allah, Ya Tuhanku…. Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha, Amin

Berbakti kepada anak bangsa

Berbakti kepada anak bangsa


lagu alang..


Maher Zain -Open Your Eyes

Backgrounds & Butterfly Backgrounds
Ethereal theme. Powered by Blogger.