
SUBUH
"Manusia pertama yang mengerjakan solat Subuh ialah Nabi Adam a.s. Iaitu ketikabaginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan. Lalu baginda berasa sangat takut. Apabila fajar Subuh telah keluar, Nabi Adam a.s bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
"Manusia yang pertama mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah memerintahkan Nabi Ibrahim untuk menyembelihkan anaknya Nabi Ismail a.s.Seruan itu datang pada tergelincir matahari.lalu sujudlah Nabi Ibrahim 4 rakaat.
Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan
Rakaat kedua : Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
Tanda keempat : Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
"Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. Tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus a.s lalu bersembahyang 4 rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun
MAGHRIB
"Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s.Iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedangkan waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa,lalu sembahyang baginda 3 rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut.
Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua : Untukn menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti
Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah
SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
" Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah nabi Musa a.s. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu bersembahyanglah Nabi Musa sebagai tanda bersyukur.
Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun.
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Fiaraun.
