-->

❤ A L A N G ❤

❤ suka suki hidup alang ❤

Sunday, December 9, 2012

"Beristighfarlah""Beristighfarlah"."Beristighfarlah".

           Dalam Miskat al-Masabih  ketika membahaskan hadis istighfar diriwayatkan seseorang datang kepada al-Imam Hasan Al-Basri r.a mengadu tanahnya tidak subur, lalu dijawab Hasan Al-Basri: "Beristighfarlah". datang yang lain mengadu kemiskinan, jawab beliau: "Beristighfarlah". datang yang lain datang meminta agar direzekikan seorang anak, jawab beliau: "Beristighfarlah".Datang yang lain mengadu kebunnya kekeringan, jawab beliau: . "Beristighfarlah". Lalu ditanya Hasan Al-Basri mengapa jawapannya semua sama bagi soalan yang berbeza. "Ini bukan pendapatku, inilah yang nabi Nuh a.s sebut.''

Kesimpulan 

        Membanyakkan istighfar adalah penawar hidup. Betapa banyak kisah insan-insan yang Allah berikan pelbagai kurnia disebabkan mereka membanyakkan istighfar. Betapa banyak hamba-hamba Allah yang diselamatkan dari pelbagai kesusahan, diberikan ketenteraman jiwa dan pelbagai pertolongan berkat keikhlasan istighfar mereka.

       Setiap insan yang beristighfar  dengan ikhlas sebanyak-banyaknya akan merasai kesyahduan rohnya. Allah akan membuka ufuk roh dan akalnya. Dia akan alami kekudusan jiwa, kesegaran minda dan merasai perdampingan dengan ALLAH. Tapi syaratnya, hendaklah istighfar dengan ikhlas. Bukan hanya 'berlagu'di mulut tetapi kontang di jiwa daripada mengharapkan keampunan Allah.

       marilah kita banyakkan istighfar kerana ia adalah penawar. Istighfar adalah penyembuh derita jiwa seorang hamba. Ia membawa kurnia ALLAH yang disangka dan tidak disangka-sangka. Hiasilah kepahitan hidup dengan istighfar. Nescaya kita akan merasai kemanisan dan kelazatan berada di persada alam yang fana ini.
Posted by norlizam at 8:34 AM 0 comments

KU selalu INGAT kepada MU

" Ya Allah, sempurnakanlah bahagianku dari kebaikan-kebaikan yang Engkau turunkan,
perbuatan baik yang Engkau kurniakan,
keberanian yang Engkau perluaskan,
rezeki yang Engkau bentangkan,
dosa-dosa yang Engkau ampuni,
atau kelalaian kami yang Engkau sembunyikan.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Hidup dan yang matiku berada di tangan-Nya.
Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mengetahui, keperluan, dan kemiskinanku,
Wahai Zat Yang Waspada tentang keperluan dan kehendakku,
Wahai Tuhanku, Aku Mohon kepada-Mu, demi hak dan kesucian-Mu,
Demi keagungan sifat-sifat-Mu,
dan nama-nama-Mu,
sudilah kira-Nya Engkau menjadikan aku,
sama ada pada waktu siang ataupun malam,

UNTUK SELALU INGAT KEPADA MU"
Posted by norlizam at 7:34 AM 0 comments
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Blog Archive

  • ►  2013 (1)
    • ►  January (1)
  • ▼  2012 (8)
    • ▼  December (2)
      • "Beristighfarlah""Beristighfarlah"."Beristighfarlah".
      • KU selalu INGAT kepada MU
    • ►  September (1)
    • ►  July (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (7)
    • ►  October (7)
  • ►  2010 (6)
    • ►  August (1)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)

About Me

My photo
norlizam
Setiap apa yg berlaku itu adalah rahsia Allah
View my complete profile

link

  • dashboard

Labels

  • rumah mayau (1)

Followers

:)

Photo Albums at WiddlyTinks.com Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com

assalamualaikum

Anak didikku yang tersayang..... ســمِ اللهِ الرَّحْمَـنِ الرَّحِيـم Ya Allah, Ya Tuhanku Jadikan aku seorang guru yang lebih baik, benar-benar boleh memahami anak-anak muridku, Jadikan aku seorang yang sentiasa penyayang, bersopan-santun, tenang dan sabar, Ya Allah, Ya Tuhanku…. Berikan aku petunjuk ke arah jalan yang benar dan Kau redha, Amin

Berbakti kepada anak bangsa

Berbakti kepada anak bangsa


lagu alang..


Maher Zain -Open Your Eyes

Backgrounds & Butterfly Backgrounds
Ethereal theme. Powered by Blogger.